JET BERNAMA
Bahan:
Tiada
Perlaksanaan:
1.
Fasilitator mengagihkan kertas A4 kepada peserta.
2.
Beri arahan; ”Anda dikehendaki menulis nama, penampilan diri (pakaian yang anda
pakai jenis, warna,
bertopi atau bertudung) yang mudah dilihat.
3.
Minta peserta melipat kertas membentuk jet.
4.
Arahkan peserta membaling jet dengan sekuat hati. Apabila jet jatuh minta
peserta kutip
dan campakkan sekali lagi jet dengan sekuat hati. Minta peserta kutip dan baca maklumat
yang ada di dalam jet.
5.
Bagi masa selama 60saat untuk peserta mencari tuan punya jet.
6. Mereka dikehendaki berkenalan selama 2
minit.
ADA APA DENGAN NAMA
Bahan:
Tiada
Perlaksanaan:
1.
Fasilitator memulakan aktiviti dengan berkata,”Setiap orang mempunyai nama.
Setiap nama
mempunyai kisah yang tersendiri. Kemungkinan nama dipilih bedasarkan nama tokoh-tokoh
tertentu, nama yang unik atau sebagainya. Anda perlu menceritakan kisah disebalik
nama anda.”
2.
Fasilitator boleh turut serta dalam aktiviti ini. *Kita
akan terkejut setiap nama mempunyai kisah yang tersendiri. Permainan ini boleh dipelbagaikan dengan membincangkan nama
gelaran yang diberikan oleh akwan dan sebagainya
TEAM BUILDING
TIKAR TERBANG TERBALIK
Bahan:
Tikar atau Permaidani lama.
Perlaksanaan:
- Para peserta diminta berdiri di atas tikar atau permaidani lama. Fasilitator, ”Anda sedang menaiki permaidani terbang.
- Apabila anda mula terbang anda dapati sebenarnya permaidani anda terbalik. Untuk mendarat anda perlu menterbalikkan permaidani tersebut.
- Untuk menterbalikkan permaidani tersebut pastikan tiada siapa yang terkeluar dari permaidani.
- Bincang bersama kumpulan anda, bagaimana hendak menterbalikkan permaidani tersebut.
BOWLING LAIN MACAM
Bahan:
Botol Mineral Water 1.5m dan bola getah.
Perlaksanaan:
1.
Peserta dipecahkan kepada dua kumpulan.
2.
Kumpulan dipisahkan sejauh 50 meter.
3.
Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu bola getah dan 10 botol mineral water 1.5Liter.
4.
Kumpulan pertama memulakan permainan dengan menyusun botol mineral water dalam susunan
seperti boling. Dan berdiri dalam jarak 40 meter dari botol tersebut.
5.
Kumpulan kedua akan memegang bola beramai-ramai dan mencampakkan bola ke arah botol
mineral pihak lawan dengan jarak dari sasaran sejauh 60 meter.
6. Kumpulan pertama akan menyelamatkan botol mineral dari terkena bola. Botol terkena bola hendaklah dikeluarkan.
7. Tukar peranan kumpulan, berselang seli bagi setiap satu balingan. Kumpulan yang habis dahulu botol mineral dikira kalah.
6. Kumpulan pertama akan menyelamatkan botol mineral dari terkena bola. Botol terkena bola hendaklah dikeluarkan.
7. Tukar peranan kumpulan, berselang seli bagi setiap satu balingan. Kumpulan yang habis dahulu botol mineral dikira kalah.
BOTOL BERLUBANG
Bahan:
Botol 1.5liter yang dilubangkan dengan paku halus dan air.
Perlaksanaan:
- Peserta diminta menutup semua lubang di tepi botol dengan menggunakan jari-jari mereka.
- Fasilitator akan mengisi air ke dalam botol dengan menggunakan paip getah ke dalam botol.
- Para peserta perlu memastikan setiap lubang telah ditutup dengan jari. Para peserta perlu bergerak ke satu checkpoint ke checkpoint yang lain dengan memastikan tiada air yang tumpah.
Aktiviti ini boleh dipelbagaikan dengan merentas halangan sambil membawa botol. Masa yang lama boleh diperuntukkan untuk melihat sama ada peserta mengalah dengan cepat atau tidak.
LUKIS
Bahan:
kertas dan pen
Pelaksanaan:
- Peserta diminta berdiri dalam barisan dalam keadaan membelakangkn fasi.
- Apabila permainan bermula, fasi akan menunjukkan sehelai kertas yang bertulis nama benda/bangunan dll kpd peserta pertama.
- Peserta mempunyai masa 10 saat untuk melukis benda yang tertera dalam kertas tersebut.
- Peserta pertama akan memanggil peserta yang ke dua untuk melihat lukisannya.
- Peserta yang kedua akan menyalin lukisan tersebut mengikut apa yang difahaminya.
- Peserta ketiga dan seterusnya akan melakukan perkara yang sama- menyalin lukisan daripada peserta sebelumnya dlm masa 10 saat.
- Peserta terakhir akan meneka nama benda tersebut berdasarkan lukisan tadi.
**modul
ini boleh dilakukan secara pertandingan
CREATIVITY
LAKARAN
Bahan : kertas dan pen
Pelaksanaan:
Habiskan lakaran di bawah dengan melukis apa sahaja yang anda
fikirkan. *lukis apa sahaja bentuk / lakaran di atas kertas.
3 GARIS
Arahan: Dengan hanya menggunakan 3 garisan sambungkan kesemua 9 bulatan berikut tanpa mengangkat pen.
Arahan: Dengan hanya menggunakan 3 garisan sambungkan kesemua 9 bulatan berikut tanpa mengangkat pen.
Jawapan:
Soalan: Jika
lima pelajar lari sejauh satu kilometer dalam masa lima minit, berapa lamakah masa
yang akan diambil jika lima puluh pelajar lari sejauh itu?
CONTOH MODUS OPERANDI
Matlamat:
Memupuk
keceriaan, kemesraan dan keserasian di kalangan pelajar.PENGENALAN DIRI
Masa : 15 minit
Bahan : -
Pelaksanaan : Setiap kd & fasi memperkenalkan nama penuh,nama panggilan,asal tempat & tempat belajar.
Pelaksanaan : Setiap kd & fasi memperkenalkan nama penuh,nama panggilan,asal tempat & tempat belajar.
Konlusi :-
PIC :-Penyelaras program
HAFAZ DAN LAFAZ
Masa :20 minit
Bahan :Tag nama,marker
Pelaksanaan :
- Fasi akan memberi arahan kepada peserta untuk membentuk satu bulatan yang besar secara asing ikhwan & akhowat.
- setiap peserta diminta menghafal 5 nama penuh & nama panggilan kawan yang berada di sebelah kanan dan sebelah kiri,kemudian tingkatkan lagi jumlah nama.
- kemudian fasi akan memberi arahan untuk beratur mengikut ketinggian setiap peserta dalam bulatan,kemudian mengikut turutan huruf nama panggilan & bulan kelahiran.
- seterusnya unit TTK akan mengedarkan tag nama & marker kepada setiap peserta untuk menulis nama panggilan pada tag nama.
PEMBAHAGIAN KUMPULAN
Masa:
20 minit
Bahan:
-
Pelaksanaan:
- Para peserta akan diarahkan untuk membentuk kumpulan yang telah ditentukan oleh KD
- kemudian fasi akan memberi arahan kapda setiap kumpulan untuk mencipta nama kumpulan & trademark masing-masing
- seterusnya setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka
PIC :-fasi & KD
SATU RINGGIT
Pelaksanaan :
- setiap peserta akan diberikan nama bagi nilai sen yang tertentu mengikut kumpulan masing-masing.cth : Kump.1-10 sen, Kump.2-20 sen, Kump.3-30 sen, Kump.4-40 sen, Kump.5-50 sen.
- kemudian fasi akan menyebut nilai-nilai tertentu dan peserta diminta mencari kawan yang lain untuk memenuhi nilai tersebut.
- permainan ini tidak terikat dengan kumpulan masing-masing dan peserta yang tidak dapat menjadi nilai yang disebutkan fasi maka dia akan dikeluarkan dari permainan.
Dan bertakwalah kamu kepada Allah yang kamu saling bermohon dengan nama-Nya dan (pelihara- lah) sillatul-rahim (Al-Nisa' : 1).
“Hai Manusia, Kami telah menciptakan kalian dari
seorang pria dan seorang wanita, kemudian kalian kami jadikan berbangsa-bangsa
dan berpuak-puak agar kalian saling mengenal. Sesungguhnya di antara kalian
yang termulia di sisi Allah ialah yang paling besar taqwanya. Sesungguhnya
bahawa Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
AL-Hujurat
: 13
- Saling mengenal merupakan dasar perhubungan sesama manusia
- Prinsip perkenalan harus ditegakkan atas dasar akidah – hubungan sesama manusia berasal dari Adam – dijadikan berbeza fizikal agar saling mengenal – setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan
- Namun yang paling penting adalah pandangan Tuhan terhadap kita
No comments:
Post a Comment