TIKAR TERBANG
Bahan2 :10 x 2Kertas mahjong
Masa :15 minit
Perlaksanaan :
Bahan2 :10 x 2Kertas mahjong
Masa :15 minit
Perlaksanaan :
- Setiap kumpulan akan diberikan 2 kertas mahjong.
- fasi:bayangkan anda sedang menaiki permaidani terbang yang sedang menuju ke istana Raja Sulaiman untuk mengambil sebuah barang amanat yang sangat berharga yang mana barang amanat tersebut boleh menyelamatkan negara anda darisebarang ancaman.. Tiba-tiba, dalam masa yang sama anda ternampak ada kumpulan lain yang ingin merebut barang amanat tersebut. Dalam diam anda berusaha mendapatkan barang amanat tersebut dengan segera.Sekarang kita lihat siapa yang sampai dulu…”
- permainan ini adalah untuk memindahkan peserta dari satu tempat ke tempat melalui jarak yang telah ditentukan oleh fasi menggunakan kertas mahjong yang telah diberikan.
- setiap kumpulan haruslah bergerak dalam keadaan yang sunyi sepi tapi dengan penuh pantas tanpa melanggar syarat yang ditetapkan.
Syarat: kaki peserta tidak dibenarkan
terkena lantai dan kertas mahjong mestilah dijaga dengan
rapi supaya tidak koyak. Kumpulan yang melanggar syarat akan dikeluarkan
daripada permainan. setelah
selesai diminta wakil peserta ikhwan dan akhowat untuk membuat rumusan.
Konklusi:
- kerjasama dan kesefahaman dalam sesuatu misi atau gerakan mestilah dititik beratkan
- perancangan yang bijak dalam sesuatu usaha penting dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dan memuaskan.
- menyahut cabaran penting untuk menjadikan kita lebih focus untuk mendapatkan apa yang kita inginkan
- keazaman,kesungguhan dan kesabaran dalam menempuhi cabaran hidup perlu kuat dan teguh. Andaikata terjatuh, bangkitlah segera untuk meneruskan perjalanan.
PIC :
-fasi
-unit TTK
KAU
PENGKHIANAT!!
Bahan2 :sebuah keratan kertas yang akan menjadi rujukan,potongan-potongan kertas yang dilebel(ahli) untuk setiap peserta,kertas A4,pensel & pemadam
Masa : 45 minit
Perlaksanaan:
Bahan2 :sebuah keratan kertas yang akan menjadi rujukan,potongan-potongan kertas yang dilebel(ahli) untuk setiap peserta,kertas A4,pensel & pemadam
Masa : 45 minit
Perlaksanaan:
- setiap kumpulan akan diberikan sebatang pensel, kertas A4, dan pemadam.
- kemudian setiap peserta akan menerima satu potongan kertas yang akan mengandungi tugas masing-masing. Fasi pula akan menegaskan bahawa tugas tersebut hendaklah dirahsiakan daripada orang lain termasuklah ahli kumpulan sendiri, jika tidak permainan akan terbatal.
- fasi “anda sangat risau bahawa jika suatu saat nanti akan berlakunya akhir zaman yang mana sedikit demi sedikt tulisan ayat-ayat quran mula menghilang dan kitab-kitab sumber kebenaran juga semakin berkurangan. Dengan itu anda mengambil inisiatif untuk cuba mempertahankan sumber-sumber agama dengan mengkaji,menghafal dan mencetak sebanyak mungkin. Sekarang anda diibaratkan orang-orang yang mempertahankan sumber agama dan mencari ilmu sebanyak mungkin. Tetapi dalam masa yang sama ada orang yang cuba untuk menrosakkan uasaha anda. Sekarang kita lihat insiatif yang anda usahakan…”
- setiap kumpulan akan diarahkan menghantrar wakil seorang demi seorang(tidak boleh lebih daripada seorang dalam satu masa) untuk merujuk dan menghafal sebuah keratan kertas yang mengandungi satu maklumat penting di satu tempat yang telah ditentukan oleh fasi.
- kemudian dalam masa 20 minit wakil setiap kumpulan tadi akan menulis semula maklumat yang telah dilihatnya di atas kertas yang telah disediakan dalam kumpulan masing. Tetapi setiap kumpulan diminta berhati-hati kerana mungkin terdapat di antara ahli kumpulan mereka yang akan mengkhianati usaha mereka.
- setelah selesai, fasi “siapa yang di antara ahli kumpulannya yang ditugaskan sebagai pengkhianat diminta mengaku sekarang juga. Sila tampil ke depan untuk mengaku”. Fasi akan mendesak dan akan memastikan keadaan setiap kumpulan akan menjadi kucar-kacir serta saling bertengkar.
- Selepas itu fasi akan memberitahu bahawa sebenarnya tidak ada pengkhianat pun dalam setiap kumpulan dan setiap ahli kumpulan diminta berdamai. Setelah itu, fasi akan mengumumkan kumpulan siapa yang terbaik.(dinilai dari gerak kerja dan maklumat yang dikumpul)
- sebagai kesimpulan, diminta wakil daripada peserta tampil ke depan untuk berkongsi pengalaman tentang aktiviti tadi.
Konklusi :
- setiap ahli kumpulan diumpamakan sebagai para pejuang Islam dalam mempertahankan agama Allah bagi meneruskan perjuangan Rasulullah di akhir zaman ini. Pembentukan fardiyah lebih penting dalam pembentukkan sesebuah jam’iyah kerana sekuat mana ppun seseorang muslim tidak akan kuat untuk berjuang seorang diri. Oleh itu, setiap muslim dianggap pemimpin (sama ada pemimpin bagi dirinya,keluarganya,kawan-kawannya, masyarakat dan juga negara). Pemimpin mestilah mempunyai ciri-ciri yangbijak, mempunyai pendirian yang teguh dan mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk terus berjuang di atas agama Allah walaupun dicaci,dituduh yang tidak sepatutnya dan difitnah tetapi tetap berdiri teguh dalam jemaah.
- pengkhianat yang ada kononnya adalah helah semata-mata bagi menguji kekuatan setiap kumpulan. Setiap kumpulan berperanan sebagai jemaah islamiah yang teguh untuk membentuk umat Islam yang bersatu padu dan teguh bentengnya daripada dihancurkan oleh ancaman-ancaman luar.
- bayangkan seorang daripada ahli kumpulan anda yang sebenarnya memang baik dan setia kepada kumpulan tetapi dituduh pengkhianat, lalu dihalalu untuk keluar daripada kumpulan. Selepas itu masuk pula pengkhianat sebenar ke dalam kumpulan anda tanpa anda sedari yang sememangnya merancang untuk menghancurkan kumpulan anda. Maka begitulah umat Islam jika tidak ada benteng kekuatan akan mudah ditindas dan dikalahkan. Sedangkan sepatutnya kita ada Allah Yang Maha Kuasa yang akan membantu, tetapi bagaimana kita akan dibantu jika kita sendiri lemah dan menyerah sebelum berusaha.
- membentuk sikap berbaik sangka terhadap ahli kumpulan dan kesatuan dalam gerak kerja adalah kumpulan yang terbaik.
BELON SAKTI
Bahan2 :
belon yang berisi air
Masa : 20 minit
Pelaksanaan :
Masa : 20 minit
Pelaksanaan :
- setiap peserta diminta berbaris mengikut kumpulan masing-masing dan pastikan setiap barisan mempunyai jarak yang jauh.
- unit TTK akan memberikan satu belon yang berisi air bagi setiap ahli kumpulan yang berada di depan.
- fasi “bayangkan anda diamanatkan untuk menghantar sebuah utusan yang dibaluti dengan belon sakti kepada seorang pemimpin negara Islam untuk memberitahu yang negara anda sangat memerlukan bantuan minuman. Kemudian anda meminta ditemani dengan beberapa orang kawan anda untuk pergi ke Negara Islam tersebut tersebut. Maka dengan penuh berhati-hati dan cermat anda membawa utusan tersebut dengan bantuan beberapa orang kawan sehingga tiba ke tempat yang dituju dengan selamat. Sekarang kita saksikan perjalanan ini…”
- ahli kumpulan yang di depan sekali akan tetap menghadap depan tetapi akan membaling belon yang berisi air kearah belakang dan akan di sambut oleh kawan yang lain. Dengan cara yang sama akan diteruskan oleh orang di belakang,belon itu akan terus dilambung dan disambut sehinggalah sampai kepada orang terakhir yang berada di belakang sekali. Kumpulan yang pecah belonnya akan dikeluarkan daripada permainan.
- setelah selesai diminta wakil daripada peserta ikhwan dan akhowat untuk membuat rumusan.
Konklusi :
PIC :fasi
SI BUTA DAN SI TULI
MASA :
40 minit
BAHAN :
kain untuk menutup mata
PELAKSANAAN :
- Naqib akan memimpin peserta
- setiap peserta perlu mencari seorang kawan sebagai pasangan masing-masing yang sama jantina dan pastikan pasangan bukan dari sekolah yang sama.
- unit TKK akan mengagihkan satu kain untuk satu pasangan.
- seorang daripada mereka akan menutup mata pasangan mereka menggunakan kain hitam yang telah diberikan.
- fasi “bayangkan anda membimbing seorang yang buta untuk melintas lebuh raya yang sangat sesak. Tapi anda pula seorang yang tuli, tidak dapat bercakap dan hanya dapat memimpin tangan si buta tadi untuk melintas dengan baik. Selamat melintas…”
- kemudian masing.-masing akan membawa pasangan mereka melalui kawasan yang berhalangan seperti tangga, longkang, kawasan sempit dan sukar yang telah ditetapkan oleh fasi. Para peserta dilarang untuk bercakap,berbisik dan terpulang kepada mereka bagaimana hendak membimbing rakan mereka sepanjang perjalanan.
- fasi dan KD berperanan sebagai pengacau kepada mereka.
- setelah sampai ke tempat tersebut, peserta boleh membuka kain yang menutupi mata pasangan mereka dan sekarang bertukar keadaan yang mana peserta yang membimbing akan ditutupkan mata mereka ke suatu tempat yang telah ditentukan.
- setelah selesai, diminta wakil peserta untuk membuat rumusan mengenai permainan tadi.
- ceritakan perasaan mereka ketika menjadi si buta dan kemudian apa perasaan mereka menjadi si tuli serta masalah-masalah yang dihadapi
Konklusi :
- 1. orang yang tuli berperanan sebagai da’i dan orang yang buta berperana sebagai mad’u.
- 2. da’I perlu sentiasa berada di hadapan untuk membimbing mad’u sebaiknya ibarat orang buta yang dibimbing dengan baik hingga tiba dengan selamat.
- 3. da’I tidak boleh berputus asa serta perlu bijak mengajak mad’u kepada amar ma’ruf dan nahi mungkar. Sama ada mad’u dapat menerima atau tidak yang penting ada usaha yang berterusan.
- 4. manakala mad’u pula tidak boleh ditinggalkan ibarat orang buta yang tidak dibimbing akan tersesat jalan.
PIC :
fasi & KD
HOLDING ON YOU
PERALATAN / BAHAN :
PERALATAN / BAHAN :
- sehelai kertas mahjungOBJEKTIF :
- Melatih sifat pemimpin di dalam diri peserta.
- Membantu peserta merangsang daya pemikiran yang kreatif
- Kepentingan kerjasama antara ahli.MODUS OPERANDI :
- Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
- Setiap kumpulan dibekalkan dengan 3 biji telur dan sehelai kertas mahjung.
- Setiap seorang perlu melantik seorang ketua.
- Semua ahli kumpulan akan menutup mata menggunakan kain penutup mata kecuali ketua kumpulan.
- Sebiji telur akan diletakkan di atas kertas mahjung dan setiap kumpulan diminta utk membawa telur itu dgn selamat ke destinasi yg telah ditetapkan oleh para urusetia.
- Semua ahli kumpulan dikehendaki untuk memegang kertas mahjung tersebut dalam keadaan mata tertutup dengan mengikut arahan ketua kumpulan.
-
ULASAN :
- Telur diibaratkan sebagai nyawa/barang amanah yang perlu dijaga.
- Setiap ahli kumpulan bertindak sebagai satu keluarga.
- Untuk menjaga amanah/nyawa perlu kepada perancangan yang teliti, kerjasama dan kesepakatan.
- Perlu patuh kepada pemimpin .APA YANG KAU TAHUOutdoor :17:00-18:00 PMMASA : 30 MINITPERALATAN / BAHAN :
- Sebarang benda yang berada di sekitar (jika boleh, yang tak berguna pada pandangan mata)OBJEKTIF :
- Menyedarkan para peserta tentang fungsi semua benda
- Memanfaatkan diri untuk kebaikan bangsa, agama dan negara.
- Memaksimumkan kebolehan dan kelebihan diri untuk membantu entiti lain
- Memupuk keyakinan diri sebagai orang yang bergunaMODUS OPERANDI :
- Minta peserta mencari sebarang benda di sekitarnya..
- Minta peserta menerangkan fungsi benda tersebut dan kaitannya dengan kehidupan
- Nyatakan juga kaitan benda tersebut dengan kehidupan peserta.ULASAN :
- Semua benda yang dijadikan oleh Allah di dunia ini ada manfaatnya.
- Hanya kita yang tahu kebolehan dan kemampuan diri, orang lain hanya mengenalpasti kebolehan kita setelah mencuba.
- Manfaatkan kebolehan diri demi kebaikan pada yang lain.
APRESIASI ALAM
MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
- Kertas A4
- Bata
- Belon
- Tali
- Mewujudkan kejelitikan
- Memberi kesedaran akan pentingnya sifat kerjasama
- Mencungkil kemahiran dan kekuatan kognitif peserta
- Memberi ruang kegembiraan kepada peserta
- Melepaskan perasaan yang tidak menepati dengan bengkelMODUS OPERANDI :
- Mengapungkan bataPeserta akan dikehendaki mengapungkan bata dengan menggunakan 4 helai kertas A4. Apungan bata tersebut hendaklah melepasi tangan yang dihulurkan melaluinya
- Belon SifatULASAN :
- Setiap kerja yang dilakukan secara kerjasama akan menghasilkan produk yang bernilai tinggi
- Setiap orang perlu tanamkan sifat amanah dalam diri.
- Saling bantu membantu dan jangan suka bersikap balas dendam
Di sana Menanti di
sini menunggu
MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
- Sebiji telur & Sebungkus maggi
- Batu-bata
- Bekas untuk memasak & batang mancisOBJEKTIF :
- menggalakkan peserta bekerjasama bekerja dalam kumpulan
- untuk memantapkan ketahanan fizikal dan kecekapan peserta.
- Menguji kepantasan dan membuat keputusan dalam masa yang singkat.MODUS OPERANDI :
- peserta dibahagikan kpd beberapa kumpulan (gabungan lelaki dan perempuan )
- peserta perempuan perlu menyiapkan masakan dengan menggunakan bahan yang ada disekeliling.
- Sementara memasak, peserta lelaki perlu menjulang 2 biji batu-bata diatas dan berdiri ditengah panas.
- Selagi peserta perempuan belum siap memasak, peserta lelaki tidak dibenarkan menurunkan batu-bata.
- Peranan fasilitator ialah memastikan peserta lelaki menjulang batu sambil memprovokasi peserta perempuan supaya mengambil berat tentang peserta lelaki.
- Setelah selesai memasak, pastikan mereka menghabiskan semua makanan yang diberikan ( makan )ULASAN :
- Telur diibaratkan sebagai nyawa/barang amanah yang perlu dijaga.
- Setiap ahli kumpulan bertindak sebagai satu keluarga
- Untuk menjaga amanah/nyawa perlu kepada perancangan yang teliti, kerjasama dan kesepakatan.
- Perlu patuh kepada pemimpin.
DRAGON BALL
MASA :
PERALATAN / BAHAN :
- BolaOBJEKTIF :
- Menguji tahap ketangkasan para peserta memikirkan sesuatu yang memerlukan kepada keputusan yang drastik.
- Melatih sifat kepimpinan para peserta.
- Menyelesaikan masalah secara berkumpulanMODUS OPERANDI :
- Fasilitator akan memberi sebiji bola kepada para peserta.
- Mereka di minta untuk memastikan bola tersebut akan di pegang oleh semua peserta dalam masa 10 saat.
- Fasilitator dilarang membantu kumpulan tersebut.ULASAN :
- Dalam melaksanakan kerja yang memerlukan kepada perancangan walaupun untuk mencapai keputusan yang drastik.
- Kerjasama amat diperlukan dalam menghasilkan keputusan yang cemerlang
- Saling memahami dan bantu-membantu amat perlu serta sabar dalam mentaati urutan perjalanan dalam kehidupan
Flying Without
Wings
MASA : 45 Minit
PERALATAN / BAHAN :
- TiadaOBJEKTIF :
- Untuk mengaplikasikan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dalam situasi dan keadaan sekarang dalam kehidupan.
- Utk meningkatkan pengetahuan berkenaan dgn kepentingan peraturan dlm kehidupan.MODUS OPERANDI :
- Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang melibatkan peserta lelaki dan perempuan.
- Arahan akan diberikan iaitu setiap kumpulan dikehendaki mencipta satu permainan yang tidak mempunyai peraturan atau undang-undang.
- Masa akan diberikan kepada peserta untuk berbincang selama 20 minit.
- Setiap kumpulan diminta mempersembahkan permainan tersebut dengan menekankan bahawa permainannya tiada peraturan.
- Setiap kali selesai perbentangan kump., reaksi/komen/pandangan ahli kump akan diminta utk mengesahkan bhw permainan tersebut memang tiada peraturan.
- Selesai perbentangan, fasilitator akan meminta pandangan peserta berhubung falsafah modul ini.
- Fasilitator akan membuat kesimpulan.ULASAN :
- Manusia yang Allah cipta mesti ada undang-undang yang mengawal kehidupannya. Mana undang-undang itu?
- Di dalam kehidupan, kita sebenarnya terikat dengan peraturan.
- Kepentingan peraturan:- Sbg penunjuk jalan atau landasan kehidupan bagi mengelak daripada terbabas.- Untuk membina sahsiah diri.- Sebagai muslim kita memang tahu ada peraturan yang wajib kita ikuti. Jika engkar maka akan mendapat laknat dari Allah s.w.t.
HOLDING ON YOU
MASA :
PERALATAN / BAHAN :
- 3 Biji telur
- sehelai kertas mahjungOBJEKTIF :
- Melatih sifat pemimpin di dalam diri peserta.
- Membantu peserta merangsang daya pemikiran yang kreatif
- Kepentingan kerjasama antara ahli.MODUS OPERANDI :
- Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
- Setiap kumpulan dibekalkan dengan 3 biji telur dan sehelai kertas mahjung.
- Setiap seorang perlu melantik seorang ketua.
- Semua ahli kumpulan akan menutup mata menggunakan kain penutup mata kecuali ketua kumpulan.
- Sebiji telur akan diletakkan di atas kertas mahjung dan setiap kumpulan diminta utk membawa telur itu dgn selamat ke destinasi yg telah ditetapkan oleh para urusetia.
- Semua ahli kumpulan dikehendaki untuk memegang kertas mahjung tersebut dalam keadaan mata tertutup dengan mengikut arahan ketua kumpulan.
- Para fasilitator akan bertindak sebagai pengacau dalam perjalanan yang ditetapkan.ULASAN :
- Telur diibaratkan sebagai nyawa/barang amanah yang perlu dijaga.
- Setiap ahli kumpulan bertindak sebagai satu keluarga.
- Untuk menjaga amanah/nyawa perlu kepada perancangan yang teliti, kerjasama dan kesepakatan.
- Perlu patuh kepada pemimpin .
INTIFADA
MASA :
PERALATAN / BAHAN :
- TiadaOBJEKTIF :
- Menguji kepantasan kumpulan
- Melihat kepekaan dan kerjasama setiap ahli dalam kumpulanMODUS OPERANDI :
- Bahagikan kepada beberapa kumpulan
- Namakan kumpulan masing-masing dengan nama binatang.
- Letakkan kumpulan agak jauh antara satu sama lain.
- Untuk memulakan: Contoh : Kumpulan Kambing“ Kambing beek…kambing beek…kambing beek…:Ulang ikut suka dan selepas itu sambung dengan…
“Kambing beek to kucing miau” atau kambing beek boom kucing miau”
- Kumpulan kucing pula perlu mengulangi lagu yang sama dan bom kumpulan lain pula.
- Lakukan hingga ada kumpulan yang tersilap dan tidak sekata dalam kumpulan.ULASAN :
- Menyedarkan peserta nasib orang yang tidak berkemampuan.
- Mewujudkan sikap kerjasama di kalangan peserta.
- Menanam serta menyedarkan peserta akan kepentingan muafakat dalam segala tindakan.
IT’S LIFE OF TEST
MASA :
PERALATAN / BAHAN :
- Tali berukuran 65 cm panjang.OBJEKTIF :
- Memupuk kerjasama ahli-ahli dalam kumpulan
- Saling membantu memanfaatkan kelebihan diri masing-masing.
- Membuka minda dan mengembangkan idea yang kreatif dan inovatifMODUS OPERANDI :
- Setiap peserta diberi seutas tali dan dikehendaki membuat gari dengan tali tersebut.
- Peserta dikehendaki mencari pasangan dan silangkan tali antara satu sama lain.
- Peserta diminta melepaskan diri dari lingkaran tali itu dalam masa 5 – 10 minit tanpa meleraikan ikatan.
ULASAN :
- Kesungguhan diperlukan bagi melepaskan diri dari masalah kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.
- Kepentingan memanfaatkan akal kurniaan Allah bagi menegakkan syiar Islam dalam kehidupan.
- Belakang parang diasah lagikan tajam apatah lagi akal manusia.
- Lingkaran itu boleh dianggap sebagai sifat mazmumah yang sukar dihilangkan dari diri melainkan dengan ibadah sempurna dan akhlak mulia. Hadith :
“Sesungguhnya aku diutuskan utk menyempurnakan akhlak yg
mulia”.
Al-Quran
( Surah al – Quran ):
“Dan bhw
sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yg
sangat mulia”.
- Kesabaran & ketabahan diperlukan bg menghadapi ujian & dugaan Allah.
Hadith : “Sabar
itu sebahagian dari iman”.
Sirah : Kisah
Rasulullah dan para sahabat.
JALAN BAHAGIA
MASA :
PERALATAN / BAHAN :
- Sampul surat yang mengandungi karektorOBJEKTIF :
- Memupuk kerjasama ahli-ahli dalam kumpulan
- Saling membantu memanfaatkan kelebihan diri masing-masing.
- Mewujudkan rasa prihatin dalam diri peserta.MODUS OPERANDI :
- Berikan peranan-peranan berikut dalam setiap kumpulan.
- Orang buta
- Orang bisu
- Orang pekak
- Orang tempang.
- Minta setiap ketua kumpulan datang mengambil sampul surat yang mengandungi arahan satu perjalanan menuju ke arah satu checkpoint.
- Pastikan orang yang mengambil sampul adalah orang yang memegang peranan orang bisu dan menjadi ketua kumpulan.
- Lepaskan setiap kumpulan dan melaksanakan arahan dalam sampul surat.
- Pastikan peserta menjalankan peranan masing-masing.ULASAN :
- Menyedarkan peserta nasib orang yang tidak berkemampuan.
- Mewujudkan sikap kerjasama di kalangan peserta.
- Menanam serta menyedarkan peserta akan kepentingan muafakat dalam segala tindakan.
- Mencungkil daya kreatif dikalangan peserta dalam menyelesaikan masalah.
KACA PERMATA
MASA :
PERALATAN / BAHAN :
- TiadaOBJEKTIF :
- Menilai kepekaan pelajar dalam setiap arahan yang diberikan.
- Melihat sejauh mana para pelajar dapat memikirkan rasionalnya sesuatu perkara .
- Melatih daya kreatif pemikiran pelajar.MODUS OPERANDI :
- Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
- Setiap kumpulan diminta untuk mencari bahan/benda yang diminta oleh fasilitator dan mesti diselesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan.
- Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil carian mereka.
- Benda-benda yang dicari adalah benda atau bahan yang tiada nilai dan tidak patut dari pandangan mata. Contoh : 5 jenis sampah yang berlainan, 40 ekor semut.(makluman fasilitator)ULASAN :
- Sebelum menerima sesuatu tugas atau arahan perlu kepada pemahaman dan kepentingan tugas tersebut.
- Jangan buat perkara buang masa dan sia-sia.
- Setiap benda yang dijadikan oleh Allah, adalah berguna walaupun dikaca mata manusia ia tidak berguna.
Keliru
MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
- TiadaOBJEKTIF :
- Melatih sifat kepimpinan dikalangan para peserta.
- Meransang daya fikir dikalangan peserta.
- Melihat sejauh mana kemampuan sebenar para peserta
- Menerapkan nilai hidup bermasyarakat
- Mengeratkan kesatuan.MODUS OPERANDI :
- Setiap kumpulan dikehendaki membuat satu bulatan kecil.
- Tangan kanan akan pegang tangan kiri sahabat yang berada dihadapan. Manakala tangan kiri pula akan pegang pegang tangan kanan sahabat yg lain.
- Para peserta akan diminta untuk meleraikan tautan tangan tersebut tanpa memutuskan pegangan tangan supaya dapat membentuk satu bulatan yang besar.ULASAN :
- Tautan dan kesatuan hati amat perlu dalam sesebuah persatuan/kumpulan dalam menghasilkan produk yang berkualiti.
- Perlu kepada usaha yang berulang untuk mendapatkan hasil yang diidamkan.
- Kehidupan ini memerlukan orang lain juga untuk melakukan sesuatu
- Melatih peserta berbincang dan bermusyawarah
- Bantu-membantu
MANA...?
MASA :
PERALATAN / BAHAN :
- TiadaOBJEKTIF :
- Menguji kepekaan peserta
- Menghilangkan mengantukMODUS OPERANDI :
- Ketua fasilitator akan berada di hadapan semua peserta.
- Semua peserta berdiri.
- Letakkan jari telunjuk di dahi.
- Apabila ketua fasilitator menyebut “mata”, semua peserta turunkan jari telunjuk dan tunjuk ke arah mata dengan cepat dan pantas.
- Kembali semula ke dahi dan ulang beberapa anggota sambil ketua fasilitator menunjukkan arah anggota yang betul.
- Seterusnya, ketua fasilitator akan menyebutkan satu anggota badan tapi tunjuk ke arah yang salah dan lihat reaksi peserta sama ada mereka menunjukkan arah yang betul atau mengikut perbuatan salah ketua fasilitator.ULASAN :
- Jangan diikuti jalan yang salah
- Boleh main ketika mengantuk dalam kelas tapi jangan mengganggu keadaan.
- Perhatian dan tumpuan amat perlu dalam melaksanakan sesuatu tugas
TAK SEINDAH SENTUHAN MATA
MASA: 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
- Tali
- Gambarajah sarang labah-labahOBJEKTIF :
- Membina sifat tolong menolong sesama para peserta
- Melatih para peserta berfikir untuk menyelesaikan masalahMODUS OPERANDI :
- Fasilitator akan memberikan 2 gulung tali kepada setiap kumpulan
- Masa diberikan selama 20 minit untuk setiap kumpulan menyiapkan web sepertimana gambarajah yang diberikan
- Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan 2 buah sarang lelabah
- Para peserta perlulah menyeberangi rangkaian web tersebut tanpa terkena walau sedikit pun pada tali tersebut.
- Seandainya salah seorang daripada kumpulan tersebut terkena tali, permainan adalah batal dan perlu dimulakan sekali lagi.ULASAN :
- Kita perlu terbuka dalam perbincangan sepertimana yang dituntut oleh Islam
- Perancangan yang dibuat perlulah sistematik
No comments:
Post a Comment